Selasa, 23 Disember 2008

Assalamualaikum.......

Manusia macam kita

Memang pandai bercakap

Menyalahkan orang lain

Mengutuk orang lain

Perlekeh orang lain

Merendahkan orang lain

Orang macam kita

Di mana-mana pun ada

Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain

Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri

Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik menyalahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengutuk orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik perlekehkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik merendahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berceramah sana sini,!

Al-Quran kamu tak baca Asyik berkuliah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berdakwah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bersajak berpuisi,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bercerpen bernovel,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berforum di internet,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berchit-chat di IRC,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bergebang di telefon,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mendongak televisyen,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap komputer,

Al-Quran kamu tak baca Asyik baca buku ilmiah,

Al-Quran kamu tak baca Asyik baca majalah tabloid,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bersembang politik,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengulit isteri,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berkepit dengan suami,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengasuh anak,

Al-Quran kamu tak baca Asyik ber'e-mel' dengan kawan,

Al-Quran kamu tak baca Asyik membelek handphone,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap vcd ceramah,

Al-Quran kamu tak baca

Kenapa tak baca?

Tak sempat

Busy

Tak faham

Tak reti

Malas

dapat surat dari pejabat tanah

dalam bahasa melayu

kamu boleh baca

dapat surat lawyer

dalam bahasa inggeris

kamu boleh baca

dapat surat daripada Allah

dalam bahasa Arabkamu tak boleh baca

apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan

Untuk diri sendiri

Di belakang hari

Dan hari ini

Al-Quran teman sejati

Di kala kaki tak mampu berdiri

Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi

Di kala lutut lenguh setiap sendi

Di kala badan tak mampu kesana kemari

Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi

Di kala tekak tak rasa apa lagi

Rumah kata pergiKubur kata mari sini

Juga buat teman di kala sendiri

Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati

Mulai dari hari ini

Menyesali diri

Yang jahil dan dhaif sekali

Ambillah insiatif sendiri

Untuk baiki diri

Jangan hanya duduk sesali diri

Melihat Al-Quran menyusup pergi

hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi

istilah juga tidak berguna lagi

kerana ertinya tidak difahami

Bacalah Al-Quran hari ini!


Opss.. tingat akak kena habiskan before 1 Muharram 29 hb nih..ader tinggal beberapa surah lagi jer doh..

Jumaat, 12 Disember 2008

Tudung oh Tudung


Terbarai gak duit dalam purse RM 50.00 beli dua tudung yg menjadi kegilaan ramai sekarang...tudung ariani aka ikin. Akak beli warna warna yg harmoni jer..

Gambar tudung cam sebelah ih tapi yg tu patung bukannyer akak he he he..akak pilih warna warna yang harmoni boleh disuai padan ngan apa warna baju. Stok makcik cam akak nih tak sesuai rasanya pakai warna yg menangkap..buruk

Elok cari yg biasa biasa ajer.

Khamis, 11 Disember 2008

IBU vs KEKASIH

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja? aku dekati ibu
Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku? ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu
Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu
Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Bila aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? aku cari pasanganku
Bila sedih? aku cari Ibu
Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku
Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine? Aku hadiahkan bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu? aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu? aku ingat pasanganku
Selalu? Ibu ingat kat aku
Bila..bila? aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu? aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila?. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja? bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak? lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku
mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu?.

Rabu, 10 Disember 2008

Seconded

AidilAdha berlalu, akak balik umah mak abah kat Behrang. Taiping insyallah Krismas jer. Mak akak masak rendang..akak balun makan tak hengat. Rasa sedap sgt. Sepanjang jalan ujan dari pagi sampai malam. Balik mak akak siap suruh bawak kambing ngan daging korban. Entah bila nak masak. Jejangan sok sok bukan peti ais kuar anak kambing mbeeekk mbeeekk.

Ari nih start keja. Cuti ader 4 ari lagi. Next week 2 hari, minggu Krismas 2 hari. Habislah 6 ari sumernyer.

Merger delay lagi sampai 31 January 2009. Department akak kena seconded sebab tak der orang nak buat kerja tu. akak pun kena seconded gak. Alahai..Lagipun tingkat 5 nih dah nak kana kosongkan by pertengahan Jan 09. Well, terpaksa akur jer nak wat camner makan gaji tak nak bleh blah..hu hu hu

Rabu, 3 Disember 2008

PinDaH OpiS


Merger delay...tak jadi nak pindah ofis lega rasanyer yeh yeh yeh. Kena adjust timeline baru. Call Bursa call SC kata tak jadi nak buat submission tunggu bulan depan.


Pindah..adussss mengenangkan kena pegi Damansara Utama tu alahai rasa nak menangis dibuatnya. Tapi apakan daya orang makan gaji macam akak nih kenalah ikut arahan. Tak suka boleh blah pi cari kerja lain..


Sekarang ni senang amik komuter dari Serdang trus gi KL Central amik Monorail trus turun Raja Chulan ...pas nih adui dari KL Central kena amik Putra ke Tmn Bahagia tunggu plak bas. Bukanya boleh jalan kaki cam sini. Ahh malas nak fikir lantaklah bila tiba masanyer redah ajerrrrr


Walau camana pun kena habiskan dulu cuti yg ada balance 6 hari lagi. Tak maknernyer nak simpan simpan bawak tahun depan. Cuti 22 hari yg ado tu perabih jor..bukan boleh convert cash pun..yo ado? Mimpilah

Selasa, 2 Disember 2008

Stock Exchange All Around the Would.....

INDIA













NYSE









FRANKFURT









TOKYO









and.............................................................................
...................................................................................
PAKISTAN...hu hu hu hu



AwetMuda- Permata Suri


Baik untuk kesihatan kaum wanita sebagai makanan tambahan..tak yah nak makan jamu atau makjun..minum 1 sudu besar 2 kali sehari mampu memberi kesihatan yg optima...
Diadun dari 7 jenis herba semulajadi dan madu. Rasa pahit pahit manis bukan masam masam manis.."Pah butang baju melayu aku mana daaaaa"..Ops terkeluar topik lak he he he
Harga RM 45.60 jerr..sajer beniaga kecil kecilan buat cari duit tambang ketapi pegi kerja..
Salam dari akak
bieza