Khamis, 30 Julai 2009

Hajat Tak Kesampaian

Hyundai Peace!!



Hajat hati nak menang trip pegi Europe, paling tidak pun dapay keta Hyundai sebijik..especially Matrix..akak minat sgt keta tu.


So tengahari tadi dengan semangat membara pergilah mencari keta Hyundai Matrix nak posing dan snappy gambar utk masuk peraduan. Nasib baik ada pulak satu tgh parking kat tempat area opis akak. Per lagi snappy tak hengat..hehehe

Mana tau rupa-rupanya peraduan Which Hyundai R U? dah tutup..Cis bedebah hampeh tul..


hu hu hu..sedey..nak nyanyilah cam nih..one two three

Tidak kesampaian hajat akak (lirik asal-cinta kita pepandai jea tuko)
Kubawa harapan kupendam impian
Dikejauhan ini
Ku mendoakan
Agar kau bahagia
Tiada lagi duka
Daku rela berundur diri
Ku pasti dikau kan fahami
Hyundai oh Hyundai ! Di mana kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Rabu, 29 Julai 2009

Key Chain



Akak dapat key chain dari cambodia. Member akak bagi. Dia pergi bercuti ari tu kat sana. Terima kasih ler Nazri ooiii..Ingat gak ko kat aku erk..

Akak belum pernah ler sampai ke Cambodia tu. Takat Bangkok, Cheangmai dgn Pattaya tu dah sampai ler.

Korang tengok key chain tu ader tu gambo orang pompuan.. .hehehe..


Kualiti gambo tak berapa elok tapi boleh lea kalu korang nak tengok..almaklum tangkap guan henpon 1.3 megapixels jea...jadilah dari tak der langsung


Pikir punya pikir mana nak diletakkan key chain nih. Last-last akak sangkut sekali dengan kunci opis. Sebabnya kunci ofis tu key chainnyer nipis bebeno..kengkadang jenuh mencari





Hah sekarang udah ader key chain bagak melekat ..takkan susah cari lagi ye dak..he he he

Isnin, 27 Julai 2009

Selera orang berpuasa..ceh

Ayam Percik


Mee Kari

Mee Bandung



Kerutuk daging --nyam nyam

Begedil Daging - favoret akak nih
Almaklumlah ari nih akak puasa. Tengok jam dah pukul 3 apalagi macam-macam resepi bermain di fikiran. Pikir nak masak kea nak makan kat luar jea. Ermmm tengoklah camner
Ikut hati memang nak masak jea. Puas dari beli kat luar tapi tingat dalam fridge kat umah tak der menda. Kalau nak pi beli pun ikan dah tak segar dah, udang sotong dah lecor..ish ish

Tgh surf internet terjumpa website nih http://www.myresepi.com/

Wah! buntang mata akak tengok gegambo makanan kat dalam nih. Mencecer ayor lior..he he he

Akak ni memang suka makan tu sebab tak kurus kurus. Nawaitu nak ndiet kemain lagi tapi hampeh jea.

Tu ader lea beberapa masakan yg akak tingin nak makan utk bukak puasa nanti ..tamaknyer semua pun nak.

Perasan Sekejab..hik hik

Akak dan tudung ala ala Ariani gitu

Sempatlah akak snappy snappy gambar tudung yang akak beli ngan MamaPink ari tu. Bebudak tu pun sibuk jea nak snappy snappy gak..


I Hate Monday




Bila Isnin jea jam, isnin jea jam

Yang lagi buat akak hangin satu badan, ni polis nih nak buat roadblock ka hapa ka buat lah hari lain..nak jugak buat hari Isnin.

Dah lah orang sibuk nak gi kerja, dia sibuk buat kerja, bukan tak boleh tapi beragaklah skit. Ko punya pasal jalan jam teruk. Biasa akak lalu sini kalau jam pun masih gak bergerak, ok jea tapi ni ari...iskh bencik bencik..



Pas tu lagi satu, lori pun nak rosak macam tak dea time lain. Ofis akak seberang jea tu..tapi nak samapi keserang kena uturn depan tu, mak ai dengan 20 minit. Bengan tul akak..eiiissss tensen tensen tensen...



I Hate Monday!

Khamis, 23 Julai 2009

Eye Health

Ask Our Expert - DO YOU KNOW?

Question:

I would like to know which product of yours that good for eye health? Is it Gingko and Noni Juice together or any other suggestion? Thank you
Lee Anne SuAnswer
2009-06-23 19:22:25

Nutrition and eye health go hand in hand.
In a addition to propoer diet, health supplement have shown in promoting good eye health.
Concerning your matter, your recommended supplement are CNI Noni Juice (2-4 teaspoon/day) and CNI Royal Gingko (3 times/day).
CNI Royal Gingko contain glycoside & terene lactone, a natural antioxidant that has traditionally been used to reduce eyestrain & support proper visual functions. While CNI Noni Juice is an excellent source of nutrients including Vitamin A, C, proxeronine. Those are good antioxidant working to rid the eyes of free radicals which can cause damage.

Peduli apa

Petang semalam dapat khabar salah sorang dari kawan akak kena kanser payu dara. Dia dah pun pergi operation untuk buang lump yg tumbuh pada payu daranya. Tak pasti stage keberapa tapi akan ada rawatan susulan dengan doktor minggu depan.

Sebagai kawan, akak memang sedih walaupun perkara itu tidak berlaku kepada akak..

Orang boleh kata buat apa aku peduli bukan kena kat aku..itu lumrah manusia

Mereka tidak akan mahu ambil peduli jika sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena dengan mereka TAPI mereka pasti akan ambil peduli bila perkara itu kena kepada mereka malangnya ketika itu sudah pun terlambat.

Apa yang boleh dibuat hanyalah menyalahkan takdir..tuhan tidak adil..perlukah bersikap begitu?

Kita sendiri tidak mahu ambil peduli jangan harap orang lain mahu buat begitu..kecuali mereka yang faham dan sedar tentang kepentingan untuk mengambil peduli perkara yang biasa berlaku di persekitaran mereka.

Manusia ini ader 4 kategori:
1. Tak Peduli
2. Tak Mahu Ambil Peduli
3. Tahu Tapi Buat-Buat Tak Peduli
4. Tahu Dan Ambil Peduli

Anda pilih anda berada di dalam kategori yang mana..itu pilihan anda sendiri..

Rabu, 22 Julai 2009

Bosan!



aku dah bosan...aku dan bosan..aku dah bosannnnnnn

duk atas kerusi hitam nih....
akak nak jenjalan gi shopping kea..tengok wayang kea..lepak starbuck kea..makan kek kea...

Apa cerita pagi nih?


Pagi ni hujan lebat..semalam pun hujan jugak. Tapi masih lagi jerebu. Kualiti udara masih terjejas..lama-lama badan tak boleh tahan wooooo...

Semalam petang balik ofis seronok sebab dapat tengok kaki langit..tapi pagi nih kabur balik sebab jerebu..

Akak sempatlah snappy snappy keadaan jerebu di Bangsar pagi nih sambil memandu..adesss

Pagi nih akak dapat tengok 3 accident..cuma sempat snappy 1 gambo jea..2 lagi terlepas..awas bila memandu jangan snappy gamba bahaya..akak jea bleh buat camtu tau

Korang sumer jgn tiru akak..keselamatan mesti diutamakan

Accident nih melibatkan 6 bijik kereta di lorong paling kanan. Kejadian dekat area rumah akak sekitar highway dari balakong ke mines. Ini mesti diorang ikut rapat sangat, jalan dahlah licin bila brek apalagi bedentumlah..kesiann

Akak ingat nak berenti pegi rapat lagi dan berenti kejab untuk snappy snappy tapi kereta belakang dah hon plak...hoit tokojuit den

Pesanan untuk semua..hati-hati bila memandu waktu hujan pagi-pagi..

Selasa, 21 Julai 2009

Kacang Kuda Rebus


Hujan lebat..tingin nak makan..kacang kuda rebusssss...
Apa dapat dgn duit RM 1...kacang kuda rebusssssss...

Isnin, 20 Julai 2009

Bonus CNI


Alhamdulillah..akak dah dapat bonus dari CNI..walaupun tak seberapa tapi akak saya happy sangat..jadi member RM 70 dah dapat pulangan kenaikan bonus sebanyak RM 125.10. Belum dikira untung runcit setiap produk yang akak jual skit-skit.
Seperti yang akak selalu cakap kat member dan downline akak, sekarang dah boleh beli barang CNI dengan PERCUMA.
Saper nak bagi..beli barang kat Tesco, Giant, Carrefour, Econsave, Guardian, Watson, kedai farmasi..udah berbelas tahun ..haram dapat bonus..mimpilah kalau diorang sumer nak bagi....
nan ado?..ko ado?

Bukan susah sgt tukar jenama jea.

Kalau sebelum nih sabun basuh baju guna dynamoka, fab ka, breeze ka, lepas nih guna SC88 jenama CNI. Harga lebih kurang tapi hasil menakjubkan. Lagi satu ader point PV. Beli beli kumpul PV.

Sama gak dengan barangan keperluan lain. Penyembur lipas, nyamuk, sabun basuh pinggan, cuci tandas, lantai bilik air, tuala wanita, sabun mandi, syampoo, ubat gigi, kopi, juice, vitamin..kalau nak cerita byk sampai esok pun tak habis. Semua barangan tu kalau guna produk CNI ader point PV. Jadi pembelian kita tu tak lar hilang begitu saja. Sebab point PV ni ader nilai duitnya pada setiap produk CNI.

Akak dulu tu pun tak paham dan macam tak percaya. Tapi dengan bukti bonus yg akak terima dari CNI mengubah persepsi akak tentang CNI.

Antar sms kat upline akak, katanya

"Tahniah! siti dulu RM 22.00 jea. Tingkatkan usaha."

Cam tak caya jea..sekarang dia dah Pengurus Intan Mutiara..bonus jea dah mencecah RM 7000 sebulan..dah ada kedai dan salon kecantikan CNI di Balakong..guna dan promote barang CNI selama 6 tahun.
Korang ingat syarikat buat colgate, Harimau Kuat, glo, nescafe, F&N, dove, palmolive ect nak bagi kea korang bonus cam tu walaupun korang dah guna lebih 10 tahun produk diorang.

Jangan harap.

Lalu akak pun terfikir, memang tepatlah pepatah melayu berpesan

"Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya"

Jadilah Pengguna Bijak.

Jumaat, 17 Julai 2009

Sticker Kereta CNI





Sticker kereta akak beli semalam masa pegi kelas CNI kat DC Seri Kembangan
Wah! ader empat design sumer nyer...ermm plan nak tampal kereta akak..
Tampal sumer empat-empat tuh.....tak kesahlah
Biar semua orang tahu akak Pengguna Cum Pengedar CNI
ahaks..

Time raya nanti mesti nak ader benda nih kan..

Refer to the above matter..aper lagik BISKUT RAYA lerr..weyyyyyyyy
Zaman ekonomi gawat ni kita orang pempuan memang nak berjimat..kalau dapat yg sedap, kualiti dan kebersihan terjamin, ada status GMP (Good Manufacturing Practice) dan MURAH..aper lagi mesti menjadi pilihan kita.
Kat bawah nih ader rangkaian BISKUT RAYA keluaran CNI..memang sedap..batch pertama ni dah keluar untuk stok tempahan HARI RAYA
Harga untuk Member CNI memang special.
Tengok..beli BISKUT RAYA CNI pun ader PV..kumpul point..siapa yg dah ader point tu boleh tambahkan lagi jumlah point supaya dapat lebih banyak duit BONUS..yahooooo
siapa yg takder dan baru berjinak-jinak nak kumpul..boleh buat bisnes jual BISKUT RAYA CNI untuk tambah point..supaya cepat dapat duit BONUS..
Kengkadang beli dgn kawan kea, kat luar kea mana ader point. Kengkadang tu beli berbalang-balang sampai beratus-ratus ringgit tapi..aper ader..lepas raya kawan kaya kita papa kedana
jadi MEMBER CNI memang bagus
Belilah byk mana pun..PV point tetap terkumpul lama-lama bila dah cukup 1000PV ..dah layak terima duit BONUS CNI RM 100..bestnyerrrrrrr
Kita pun dapat balik pulangan duit yang kita guna beli BISKUT RAYA ari tu kan..

CNI Conflakes Cookies

Member price RM 16.80 Retail price RM 20.20

CNI Chocolate cookies with Almond Chips
Member price RM 16.50 Retail price RM 19.20

CNI Pineapple Tart

Member price RM 16.80 Retail price RM 20.20

Untuk sesiapa yang nak cuba 3 rangkaian jenis BISKUT RAYA CNI nih boleh email akak norbaya_711@hotmail.com / budakbaik_711@yahoo.com .

Penghantaran sekitar Lembah Kelang adalah percuma.

Nostalgia


Tuan punya kedai Felix d'Cat

Ramai betul orang berdiri kat depan kedai nih..akak pun jadik musykil yg teramat..

roper ropernyer...wah!..memasing tengah layan perasaan tengok video arwahnyer si MJ tu..akak pusing belakang tengok sumernyer stock apek-apek, uncle-uncle..tak der yg muda-muda pun...

akak surelah masa first time derang tengok video nih masa tu lebih kurang 10 tahun dulu
sama cam akak gak..ahaks



akak sempatlah snappy snappy gambar kat depan kedai tu


video MJ yg bagai goreng pisang panas

Jumaat, 10 Julai 2009

Makan lagik

cincin kat jari yang tak tahan tengok tuh...phiew...


sayur kangkung..dan ekoq udang..

akhirnyer...selesai..alhamdulillah

Pagi yang indah....

Pagi ni akak raser...tersangatlah laparnyer...lalu akak pun pegilah menjengok kantin balai aper yg ader...

wah wah..nasi lemak panas...per lagik belasah ler..tok sah kire ler pasal kalori..for got 'bout tit ops
suasana balai yg masih kosong sebab akak sampai awal ler sgt ni ari..tengok cahaya mentari tuh..baru jea nak naik..baik utk kulit..ingat lagi masa akak beranak kecik dulu pepagi cam tu mak akak akan keluar jemur baby katanyer bagi tak kuning..mula-mula tak paham lama-lama baru tau..hebat petua org dulu kan

makan punya makan kira-kira ngan teh tarik gelas besorr..3 hengget..wah wah murah sib baik sebab dalam purse akak ader 4 hengget jea..hu hu hu

kalau tak cukup akak offer arr tolong basuh pinggan
air teh tarik tak abis..siap tapau lagik ..

Rabu, 8 Julai 2009

Sekolah aku, suami dan anak-anakku

Wah..busylah akak minggu nih..dengan macam-macam hal..jari kaki yang sakit kena sengat penyengat..pas tu berdenyut-denyut pegi jumpa doktor trus kena injection titanius a.k.a kancing gigi takut kuman merebak..almaklumlah dah 9 tahun lepas beranak tak pernah lagi ambil booster untuk titanius tuh..

Tak derlah akak nak amik gambo doktor yg mengenjet akak tuh..he he glamour doktor tuh...nanti siap dapat promosi klinik percuma..


Sakitnyer tuhan jea yang tahu..namun akak redha sebab setiap kesakitan itu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil dan bersabar..

Sabtu lepas..anak ajak ader program di sekolah..tghari amik dia balik..sementara menunggu dia keluar tu sempat akak snappy gambo sekolah dia..sekolah sumer pompuan


Tak derler akak nak kuar keta ambik lelebih sebabnyer akak pakai suar track merah, baju t-shirt hijau dan tudung oren..bley...very the tak sesuaaiiiiiiii ahaks


Yg ni pulak gambo sekolah akak dulu...gambar cikgu tu arwah Cikgu Darus bin Tukiman..guru besor lea..garang gilerrr..suker buat public canning. Sekolah ni seolah campor

Yg ni pulak gambio sekolahh hasben akak dulu..ni gambo sekarang ler..nampak lawo la skit kalau idak macam nak roboh..hak ni sekolah sumer lelaki.