Selasa, 29 September 2009

Seronok kea Raya?

Semalam akak dah start kerja...jam teruk giler babas kat taman desa ke federal highway..

Tak boleh amik gamba bateri hp akak kong..tapi korang boleh tengok gambar dalam the Star ari nih....2 jam setengah akak stuck kat highway taman desa tu nak sampai ke Mid Valley..sampai ofis 9.30 hehehe

Dah lah balik kampung ari tu jam..balik KL jam..pegi kerja semalam pun jam..mati hidup balik pun jam..aiyo yoyo

Amacam sumer beraya tahun nih? Seronok?
Akak? Hadoiiiiii very tiring you know...cooking entertaining eating :P very the tired wan..

Ingat boleh dok haraplah anak penakan *anak sedara kata org utara masuk tolong dapur masak...harammm..

Sib baik malam raya tu anak akak yg kecik tolong goreng kacang nak buat kuah kacang..yg sorang lagi tolong pasang langsir dan sapu rumah nenek..kami empat beranak jea yg balik...hasben akak pasang lampu liplap liplap...yg lain sumer balik raya pertama lepas sembahyang raya...ado lak camtu..

Anyway, raya tahun ni akak memang penat sgt. Tapi nak wat camno..tulah adat beraya di rumah mentua...*actually tiap-tiap tahun pun balik umah mentua :(

Akak nak ucapkan "Salam Aidilfitri" untuk semua dan kalau buat open house tu jgn lupa jemputlah akak..*ceh tak malu tul

Khamis, 17 September 2009

Dapat Kad Raya Lagik...Beshhnyeerrrrr

Wah!..chanteknyer Kad Raya dapat dari MamaMin...thank you dear..hijau..i likeeeeeee
Gamba anak bulan nih memang sisnonim dengan hari raya.
Penah dulu jadi cerita akak kecik-kecik, masatu semua orang tinggal kat Perak raya dulu sehari dari negeri-negeri lain...heheheh kelakar tol..
Mana taknyer, AlMarhum sultan Idris, Sultan Perak masa tu kata dia nampak anak bulan Syawal keluar dari belakang Istana dia kat Bukit Chandan..taklah pulak Bukit Chandan tu disenaraikan tempat untuk melihat anak bulan.
Maka di perintahkan agar seluruh rakyat negeri Perak menyambut Hari Raya Aidilfitri keesokkan harinyer. Masa tu kecoh sunggoh kau....lawak pun ada....kitorang dah raya org negeri lain belum.
Bila semua pak-pak dan mak-mak sedara akak sampai ke Perak, diorang trus buka puasa makan kuih raya rendang dan ketupat yang mak dan arwah nenek akak masak...hehehehe
Macam memain jea :D tapi itulah hakikatnyer. Ada juga orang yg sambung poser tapi kebanyakkannyer dah beraya dah pun. Masuk raya kedua baru TV siar upacara Sembahyang Raya kat Masjid Negara. Yelah KL bukan wilayah Perak....Masa tu Sultan Ahmad jadi Yg Di Pertuan Agong...rasa pelik sunggoh. TV baru siar sembahyang raya live kami kat Perak dah masuk Raya kedua...
Hai heran-heran...ntah betul entah idak AlMarhum Sultan Idris tu nampak keidak..wallahhuallam...Allah Maha Mengetahui

Rabu, 16 September 2009

Dapat Kad Raya..sewonokkkkkk sangattt

Dapat Kad Raya dari SheQeen...thanks dear...comel sangat
Zaman IT ni memang trend orang bagi Kad Raya Cyber. Pantas dan mudah. Boleh luahkan kreativiti sendiri.
Zaman akak dulu, tak der menda-menda cam nih. cuma yang ada adalah Kad Raya kertas keras yg dihias cantek dgn macam-macam gambar menarik. Gambar kucinglah, Bunga Roslah, Ketupat dan Lemanglah, Pelitalah. Madah yg selalu tertera pada kad-ad raya tersebut bunyinya pun sumer sama jea....
"Pecah Kaca Pecah Gelas"
Sudah Baca Harap Balas
"Pecah Kaca Pecah Buah"
Raya Nanti Datanglah Rumah
*buah kelapalah sebab time raya buah tu paling menjadi rebutan :P
Maka pecahlah kepala nak balas Kad Raya kengkawan. Masing-masing tayang Kad Raya paling special yg diorang dapat. Time ni jugaklah kita akan dapat Kad Raya yg letak bawah meja tak der nama tapi tulis...... "Secret Admire" Hehehehe...
Yang ni senang tak payah balas sebab tak tau sapa :D
Kad-Kad Raya tu pulak takkan dibuang. Sanggup pi hutan cari Pokok Senduduk, buang daun tinggal ranting cat warna silver, letak dalam pasu untuk gantung kad-kad raya tu. Meriah sunggoh. Mana Kad yg secret-secret tu staple tak bagi orang baca.
Ini semua sebagai tanda kita menghargai pemberi Kad tersebut. Bila diorang datang raya rumah tengok Kad Raya yg diorang bagi tergantung cantek....kembang hati...senyummmm lebarrrr.
Tapi itu semua tinggal kenangan. Malah akak tak dapat nak mewarisinya kepada anak-anak akak sebab diorang tak dapat Kad Raya tapi dapat SMS Raya..camner tu :(

Selasa, 15 September 2009

Buang Sawang


Hadoiii...lamanya tak kemas rumah..dah bersawang :P..tu nampak tak dah bersawang umah komputer akak nih...penuh sebab lama tak buang..ni nak buanglah nih. Kasi kurang skit sawang..


Akak sibuk bebenolah pulak sejak dua menjak nih. Lansung tak sempat nak hap det blog. Tambah lagi bandwith tak cukup..selalu hoping hoping buat akak punya mood pun hop hop jugak..huhuhu
Last week akak cuti 3 hari kau...haha tak hengat... biarkan..ado akak pedulik..janji gaji jalan :P

Hujung minggu tak dea aktiviti pun sebab anak akak periksa...kena quarantin..tengok ikan tengok kucing..siang ikan siang kucing Opsss...melampau!

Citer pasal siang kucing masa akak cuti-cuti ari tu anak akak yg kecik tu puasa, sibuk tanya


"Mama masak apa bukak puasa ari nih"
"Masak rendang"
"Haaaa *dgn wajah cerianya ..rendang apa mama, ayam kea..ummm sedapnya"
"Tak.."*buat muka serious jea

"Habis tu.."

"Mama buat rendang kucing..nak? sssedddap" hahahahahaha

"Mama jahattt...Belangggggg lari nanti mama nak siang sembelih masak rendang *sambil menghambat belang suh lari, kusing tu tgh tido, bengang jea :P

Semalam ada workshop budussssangattttt...nyampah tak yah citer

Ari nih dapat kerepek yg akak order dari budak opis ari tu..jejari bilis dan opak-opak.


Nampak sedap kan...memang sedap pun *poser nih nampak apa pun sedap






Jumaat, 4 September 2009

Langsaikan hutang TAG Cik Reen ;P

Tag ni akak dapat dari Cik Reen yg manis
http://reen-permatahatikusayang.blogspot.com/

Sorry lambay reply..tapi untuk cik Reen akak usahakan jugak :P

1.ANDA RASA HOT????
Time jemo kain tengahari bawah matahari mestilah hot. Minum teh panas pun badan rasa hot gak. Jalan jam lagi hot :P

2.UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN ANDA???
Ada tapi duk simpan dalam album kat umah :P ..nanti upload na

3.KANAPA ANDA SUKA GAMBAQ INI????
Gambaq tu amik masa bulan madu kat Siam dulu

4.BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?????
Uik..lama dah tak makan..awat hang nak belanja ka :P baguih gak tu

5.LG TERAKHIR ANDA DENGAQ?????
Lagu Raya...Dendang Perantau..huhuhuh

6.APA YG ANDA BUAT SAMBIL SELESAIKAN TAG INI???
Garu dagu ngan lap hidung :P

7.SELAIN DARI NAMA ANDA SENDIRI...ANDA SUKA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA?????
Yang ni ..boleh panggil Kak Bai

8.TAG LG 6 ORG TANPA RASA KEKESALAN...
Sapa erk..*pikir sambil dok garu dagu lagik

Masuk KL

Lepas habis dgn appraisal, akak sibuk dengan submission. Tak dapat nak hup date blog tambah-tambah lagi internet slow langsung tak bleh bukak..

"Cannot find server" katanya.


Ada nampak akak kena tag tapi tak sempat nak reply lagik. Sat lagi tengok cam internet ok jea :D


Semalam akak masuk KL. Lepas 9 bulan meninggalkan KL. Ada training.


Adaka buat training time bulan posa..hish depa nih no brain at all. Tapi no choice, kena pi gak. Time depa pi coffe break dgn lunch akak layan baca majalah mingguan wanita edisi raya gambar tok ti dgn tok k. Comei sugguh. sib baik boleh balik kul 5.00pm. Kalau tak memang akak akan blah jea..ta da nak tunggu aih sampai 5.30pm.


Itu pun nak elak traffic jam takut sampai rumah lambat akak naik LRT dan Monorail. Biasalah bersesak-sesak..huhuhu dulu akak selalu cam tu...
Masa pagi tu sempatlah akak snappy snappy gambo tempat yg akak gi training tu. Layann..




Jalan depan bangunan tu petang semalam...punyalah jam giler..sib baik akak naik ketapi. Alhamdulillah sempat sampai umah sebelum kul 7pm :D