Isnin, 23 November 2009

Mencari Jarum Emas

Ni jea yg dapat


nampak tak yg mana satu?





Depan rumah akak ada tanah lapang yg dipenuhi rumput. Petang-petang tanah lapang tu tempat budak-budak lelaki remaja taman tempat akak tinggal tu main bola. Musim hujan nih kuranglah diorang nak main bola kat situ sebab lecah.


Mood akak plak tgh rajin. Pilah mencari-cari si Jarum Emas kot kot dapat lah..boleh rebus dan minum airnyer. Susah gak nak cari sebab pokok tu halus jea. Zaman akak kecik-kecik dulu selalu ikut mak akak pi padang bola sekolah kampung akak cari pokok nih.



Mak akak kata pokok Jarum Emas ni memang baik untuk memelihara kesihatan wanita khususnya..ramuan awet mudalah tu :P



Terbongkok-bongkok akak mencarik carik di celah-celah rumput tu. Hasben akak naik musykil plak sampai dia dok perati sambil membuang dahan mati pokok mangga depan rumah..



"Apa tu" katanya
"Jarum Emas"


"Nak buat apa" tanyanya
"Awet muda" ngeeeee.....


Akak senyum simpul sambil basuh kaki sebelum masuk umah


Ni ada maklumat skit yg akak dapat dari web http://www.melur.com/myherba


Sakit Pinggang Sakit Urat Mengecutkan/Mengempiskan rahim Menguatkan tenaga Batih Mengemas/Menyempitkan lubang Faraj, khususnya bagi perempuan yang sudah bersalin Melancarkan perjalanan Haid Caranya : Ambil 4-5 urat rumput tersebut, kemudian rebuskan bersama air sebanyak 1 cerek 1 1/2 liter. Setelah sejuk lalu diminum sebanyak 1 gelas. Minumlah 2 gelas sehari. ~Dipetik dari: http://portal.dumei.com/ar_sihat1.ph

Jumaat, 20 November 2009

Dhaifnya akak..huhu


Bukan tuan jea sakit...kasut pun sakit
Mintak kat Admin gam gajah a.k.a gam uhu kot ada simpan stok..yilek
Akak pun lekat dengan selophane tape..
Dia punya boarder depan tu lekang..jalan nanti terpijak plak..tepi tu akak dah siap jahit
Bleh lah ..emergency kan :D

Cirit Birit


Lepas lunch tadi akak kena cirit birit..mak aiii sakit perot memulas-mulas..pegi toilet sampai 3 kali naik sejuk kaki tangan dan sakit belakang di buatnyer..huhuhuhu


Memikirkan time nak balik kang naik train ..keta akak masuk workshop..dan perjalanan yg penuh liku turun naik train..maka dengan segeranya akak pegi klinik..


Redah jea hujan yg rebas -rebas ...sampai klinik trus gi toilet dulu sebelum jumpa doktor..haiyoooooo bley plak camtuh


Jumpa doktor..dia trus check BP akak, suh akak baring check perot plak..katanya


"Wah! perot masih kacau *apa yg kacau ntah lah..bahser doktor jea paham kot :P


Pas tu dia trus suh assistant siapkan bancuhan minuman utk akak minum dan makan ubat trus.


Dengan mesranya assistant tu buatkan katanya minum sekarang supaya cirit tu berhenti..


Apa nak buat lagi...akak pasrah dengan rela meminum bancuhan minuman yg sgt tak sedap itiew dengan gigihnyer *pikir nak bagi brenti cepat kang jenuh nak carik tandas :(

Harap-harap ok la..sekarang nih akak asyik nak sendawa jea *cam kerbau la plak

Air mata pagi Jumaat

Kul 9.30am lawyer akak call cakap

"Akak, berdoalah byk byk supaya kes ni ditangguhkan. Saya dah buntu nak cari alasan untuk penangguhan sebab afidavit jawapan akak hari tu dah tersilap"

Haiyoooo...luluh jantung akak..

"Nak buat cam ner Ri, terpulanglah kat Hakim "
"Tak palah kak saya cuba, akak berdoalah byk byk"

Memang sejak 2 minggu nih banyak betul cabaran dan ujian mendatang...satu-satu

Akhirnya berderai jugak air mata akak pagi nih bila mengangkat doa memohon pada Allah mintak permudahkan segala urusan..rasanya malu sungguh dengan Allah..minggu nih dah macam-macam akak mintak..alhamdulillah semua dimakbulkan..

Tadi lawyer akak call katanya hakim luluskan pengangguhan..tapi kena buat cepat

Berderai lagi air mata akak...thank you Allah

Khamis, 19 November 2009

What can I say......

Sebagai ibu, akak hanya boleh mendoakan anak-anak akak berjaya dunia akhirat. Allah Maha Mengetahui..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Apa sahaja keputusannya, akak terima dengan redha walaupun tak seperti yang diharapkan..syukur alhamdulillah.

Pada anak-anak, kasih sayang akak tiada belah bagi...unconditional love ..*mama sayang both of you

For kakak, tahniah semoga lepas nih kakak akan jadi lebih matang dan berusaha lebih gigih.

Hasben akak suh anak akak masuk asrama, supaya lebih berdisiplin katanya...
Sepupu akak yg merupakan seorang guru di sebuah sekolah terkemuka kata...hang pun tau kan kenapa aku tak hantar anak aku masuk pi sekolah asrama..
Mak akak kata tak payahlah masukkan ke sekolah asrama, biarkan dia besar kat depan mata kita, ko pun anak 2 jea....

Akak..speechlessssssssss...buntu tak boleh nak decide... 50-50

Khamis, 12 November 2009

tenyeh tenyeh pas tu blah :P

Demi melonggarkan otot-otot tengkuk yg semakin mengeras..pi jenjalan kat guardian ..tak hingat lama dah minggu lepas kot *matilah tak hup date blog kuikui
Pi lah masuk Guardian kebetulan ada promosi...bukan aper akak beli eye make up remover jea..



Biasalah masuk Guardian mesti ada tempat try test kosmetik..akak pun tertarik dgn Revlon punya lipstick tu..ntah apa namanyer


Apa lagi pi lah tenyeh-tenyeh test sana test sini..agak agak cantek jea tenyeh :P





Pas tu blah..siap pakai sampai petang

Jom tengok :P



Patut hujung tahun bolehlah relax sket..tapi

Kebanyakan orang hujung tahun ialah waktu paling menggembirakan. Pergi bercuti bersama keluarga atau jalan-jalan makan angin.
Akak..non ado :(
Kerja-kerja-kerja sampai lebam bijik mata :O *sebenarnyer test eye-makeup ala ala smokey kui kui
Kerja sekolah ..workshop hari tu tak siap lagik..dateline 22 hb ..kan cam syi*al jea..hujung hujung tahun buat workshop
Anyway..sebab tanggungjawab untuk menghalalkan dan memberkatkan duit gaji yg dapat tiap-tiap bulan kerja-kerja-kerja itu akak buat jugakler walaupun dalam hati menggerutu cam kulit katak puru..prookkk prookkk *munyik katak panggey hujan :O

Inilah tag line dia yg macam perrr jeaa..

Khamis, 5 November 2009

Korang ingat baby jea kea makan cereal..



Akak dah hidup dekat 40 tahun...inilah bulan pertama akak makan OAT a.k.a Cereal

Ini semua gara-gara diet Dr Rozmey...Doktor! you punya pasallah I kena makan OAT tau :P

Nasib baik OAT nih sedap..bukan OAT biasa-biasa hokey....mestilah OATMEAL CNI

Si Kenji budak CNI tu kata .."akak, you boleh tambah dengan buah-buahan seperti pisang, kismis atau madu..lebih sedap dan berkhasiat..cuma 99 kalori saja"

Tapi akak masih ada penambat hati akak...kopi ginseng..baby tak minum kopikan :D






You think he wants to sell his stake ka? Crazylah lu

Sapa yg punya angkara buat rumour boh doh nih...ish ish ish. :O


Isnin, 2 November 2009

Skin Analysis Workshop

Tak habis dengan workshop kat ofis, attend lagi satu workshop.



Tapi yang ni best, taklah boh san cam nak peng san compare workshop ofis heheheh :D

Hari Khamis lepas akak pegi buat skin analysis anjuran CNI. Memandangkan akak ni pengguna tegar CNI maka dengan gigihnyer pergi mendaftar diri untuk nak sentiasa nampak cantik..* bley cam tu plak

Lepas buat test, akak punya skin type is Combination. Tekstur kulit dah semakin rosak..huhuhu kalau kulit elok patut nampak petak petak tapi akak punya alahai...sedey....dah tak nampak gambo petak petak yg nampak garis garis lurus yg kasar dan tebal..OMG!

Apalagi tanpa melengah masa akak trus purchase set penjagaan asas Set A utk kulit kombinasi ..murah RM135 jea..ada skin wash, skin soothe dan skin moist..dapat beg skali..



Salah sorang Beauty Consultant, Rachel..kulit dia halus lembut macam bayi..
Diorang guna komputer utk analisa kulit akak..baru ku tahun kondisinya gimana huhuhuh


Ni Cik Siti, Leader akak yg gigih..dulu penuh jeragat..tapi sekarang kulit halus..jeles tau

Sebahagian dari rangkaian produk kecantikan CNI Beauty World Series untuk kesihatan kulit. Dibuat dari bahan semulajadi rumpai laut.

Nampak tak beg belakang tu...akak dah dapat satu :D

Kalau y'all berminat boleh calling-calling akak buat appointment k * ops I did it again :P