Khamis, 27 Ogos 2009
Appraisal time..ada naik ka?
Rabu, 26 Ogos 2009
Sahur Nasi Goreng dan Kasih Iftitah
Nasi Goreng
Kentang
Dadu
Masa sahur tu akak dok layan cerita tv kat TV3 Kasih Iftitah. Rasanya macam drama lama diulang tayang. Tengok pelakonnya Julia Zeigler dgn Rusdi Ramli.
Terdetik dalam hati akak, ada kea orang koperat sekarang nih yg begitu prihatin tentang bab-bab agama macam watak Rusdi dalam drama tu?
Maaf cakaplah, kebanyakkan orang koperat yg akak kenal, actually diorang tu pun pangkat besor-besor, shareholder sana sini memang tak akan mahu memperkatakan tentang hal-hal keagamaan dengan staff macam tu.
Selasa, 25 Ogos 2009
Sessi berbuka puasa di hari pertama ..layannn
Jumaat, 21 Ogos 2009
Selamat Menyambut Ramadhan dan Happy Fasting
*gambo cilok dari website
Kad Ucapan Ramadhan dari MamaKiter
Isnin, 17 Ogos 2009
Hujung Minggu yg Menyeronokkan
Petang habis gotong royong, jam 4.00 akak ada jemputan untuk buat Home Party CNI di rumah kawan akak. Seronok sgt ramai yg datang. Mr Ho Ken Fatt, Jutawan CNI sudi meluangkan masa untuk memberikan penerangan mengenai produk kesihatan CNI kepada tetamu yg hadir.
Semua melopong bila tengok demo produk. Macam tak percaya.
Rabu, 12 Ogos 2009
Mari makan Kurma Berinti
Selasa, 11 Ogos 2009
Berita Terkini
Hadooiiii..sunggoh berat ujian tuhan pada hamba nyer kali ini. Ya Allah, lindungi kami dari wabak ini sesunggohnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.
Banyak spekulasi yg tersebar mengenai Virus ni. Ada jiran akak tu kata misi utama virus ini ialah membunuh sekurang-kurangnya 1/3 dari penduduk dunia. Katanya lagi ancaman ini belum tentu berakhir menjelang akhir tahun.
Malah katanya, keadaan akan menjadi parah bila menjelang Aidilfitri. Ini disebabkan kebanyakan masyarakat bandar akan pulang ke kampung bertemu sanak-saudara dan ibu bapa tua mereka. Kemungkinan warga tua di kampung akan dijangliti virus tersebut dan jumlah kes akan meningkat.
Ada yg sarankan supaya tahun nih tak payah balik raya ke kampung. Nak balik tunggu lepas raya.
Oh! Akak buntu...ada juga akak sarankan pada hasben
"Bie, kita tak yah balik raya lah tahun nih. Mak u kan tak sihat, abah wa pun tak sihat. Kita balik lepas rayalah bila semua org dah tak ramai * cakap sambil buat muker sekupang"
Hasben akak pandang jea akak. Mesti dalam hati dia cakap
"Biar betul bini aku nih"
ahaksss
Isnin, 10 Ogos 2009
Jumaat, 7 Ogos 2009
Darabif - Rezeki hari Jumaat
Tapi kalau dia tengok akak mendongak tu stok-stok katek ler...ayam seramerr* jahat mulut tak der insurance wakaka
Masa nak balik sempatlah kawan akak nih ambik flyer dia untuk simpanan di ofis. Jadi akak pun tanpa menghampakan korang semua snappy snappy ler gambo buat tatapan.
Sesiapa yg nak merasa makan Burger Darabif nih singgah ler kat outlet baru dibuka. Aga-agak terlajak dtg ke Damansara Uptown nih bagi tau akak hokeyy..bleh kita gi sesama tapi bayar sendiri-sendiri * senyum simpul sambil gentel hujung kertas A4
Khamis, 6 Ogos 2009
Saya ada kucing
Kucing saya warna hitam.
Nama kucing saya Belang.
Saya bagi Belang makan ikan goreng campur nasi putih.
Kucing saya kucing jantan.
Dalam blog pun saya ada seekor kucing.
Kucing itu pun warna hitam.
Nama kucing itu Cek Tam.
Saya tak bagi Cek Tam makan sebab dia tak boleh makan.
Nostalgia Rock Kapak
FBI ngan Fafau diorang pegi pusing lagu-lagu kat radio FM zaman akak dulu-dulu..haiyooooo cair lulur lebur jantung akak..trus tak der mood nak gi kerja..nak lepak jea dlm keta dengar radio..sempat gak akak sms hasben suh tukat channel Hot FM layan lagu lama
Damasutra
Umpama mimpi dalam mimpi ..haiyoo teringat zaman bercinta dulu..
Exist
Pohon Cemara..haiyoo tingat mamat askar Shah yg dok gila kat akak dulu...
Sofia
Cinta padang pasir..haiyoo tingat kat budak sarawak Melati yg duk satu rumah sewa ngan akak dulu...
Eye
Cinta untuk Nabila..haiyooo tingat suker sgt lagu nih sampai anak akak pun bagi nama Nabila...
Actually FBI ngan Fafau diorang akan putarkan lagi byk lagi lagu-lagu lama tu siap nak call 2 artis popular zaman rock kapak dulu....siapa erk?
Dari tempat parking keta bawah pokok tu akak dok nyanyai riang lagu Damasutra..samapi guard kedai LX Mode tu dok jeling kat akak * apa hal lu jeling kat gua pepagi sumpah jadi katak baru tau hehehe
Tak sabar-sabar nih nak dengar online...aleh-aleh website tu kena block pulak..cis bedebah sunggoh budak-budak IT nih..ni yg aku anti budak IT nih..
Oh! tiiiddddaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkk....
aku nak dengar lagu rockkk kapaaaakkkkkkkkkkkkkkk =(
Selasa, 4 Ogos 2009
Bukak puasa makan apa
Kuih Nyonya nih punyalah lawa..rasa sayang nak makan..duk dalam plastik..samapi sudah tak makan duk gak dalam plastik * biasalah takkan duk dalam henbek wakakak
Siapa tau apa namer kuih nih...kalau betul ada hadiah misteri menanti
cubalah teka kita tengok siapa yang kenna