Jumaat, 4 September 2009

Masuk KL

Lepas habis dgn appraisal, akak sibuk dengan submission. Tak dapat nak hup date blog tambah-tambah lagi internet slow langsung tak bleh bukak..

"Cannot find server" katanya.


Ada nampak akak kena tag tapi tak sempat nak reply lagik. Sat lagi tengok cam internet ok jea :D


Semalam akak masuk KL. Lepas 9 bulan meninggalkan KL. Ada training.


Adaka buat training time bulan posa..hish depa nih no brain at all. Tapi no choice, kena pi gak. Time depa pi coffe break dgn lunch akak layan baca majalah mingguan wanita edisi raya gambar tok ti dgn tok k. Comei sugguh. sib baik boleh balik kul 5.00pm. Kalau tak memang akak akan blah jea..ta da nak tunggu aih sampai 5.30pm.


Itu pun nak elak traffic jam takut sampai rumah lambat akak naik LRT dan Monorail. Biasalah bersesak-sesak..huhuhu dulu akak selalu cam tu...
Masa pagi tu sempatlah akak snappy snappy gambo tempat yg akak gi training tu. Layann..




Jalan depan bangunan tu petang semalam...punyalah jam giler..sib baik akak naik ketapi. Alhamdulillah sempat sampai umah sebelum kul 7pm :D

Khamis, 27 Ogos 2009

Appraisal time..ada naik ka?

Minggu ni minggu appraisal....sibuk siapkan KRA lah...performance report lah...update JD lah..memacamlah aktiviti setahun sekali nih.
Akak, sempoi...suh staff isi sendiri point diorang. Senang tak payah pening kepala. Sampai kat orang atas kena adjust gak kan....
Interview dgn boss, sempoi gak...dia isi jea ikut suker dia...alhamdulillah ok lah..no complain =)
Untuk mereka -mereka yg tgh buat appraisal...good luck bebeh...

Rabu, 26 Ogos 2009

Sahur Nasi Goreng dan Kasih Iftitah

Sejak dah pasang tv kat dapur nih, time nak sediakan sahur tak la sunyi akak kat dapur.
Hari nih masak nasik goreng. Taklah pulak akak nak snappy snappy gambo kuali kat dapur. Korang kena bayangkan jealah erk.
Nasi goreng sempoi, tumbuk cili merah, cili padi, bawang kecik, ikan bilis campur dgn kentang goreng. Akak dah potong dadu kecik-kecik kentang tu, goreng dulu baru masuk dalam nasik kendian. Jadilah Nasi goreng kentang berdadu...hehehe * sip baik kentang tu tak de bintik-bintik cam dadu betul

Nasi Goreng


Kentang


Dadu

Masa sahur tu akak dok layan cerita tv kat TV3 Kasih Iftitah. Rasanya macam drama lama diulang tayang. Tengok pelakonnya Julia Zeigler dgn Rusdi Ramli.

Terdetik dalam hati akak, ada kea orang koperat sekarang nih yg begitu prihatin tentang bab-bab agama macam watak Rusdi dalam drama tu?

Maaf cakaplah, kebanyakkan orang koperat yg akak kenal, actually diorang tu pun pangkat besor-besor, shareholder sana sini memang tak akan mahu memperkatakan tentang hal-hal keagamaan dengan staff macam tu.

Kadang-kadang diorang pun sama pekakkan mata dan tulikan telinga. Buat dunno jea. Nak jumpa atau teserempak kat surau....harammmm
Kot ada yg elok skit, bila masuk bilik nampak lea sejadah tergantung kat sudut bilik
Ntahlah. Camana pun akak tabiklah dgn penulis skrip drama nih. Memang satu sindiran yg tajam. Cuma mesejnya sampai kea kat golongan cam nih. Diorang tu ada tengok kea drama melayu...atau diorang langsung tak dea masa nak tengok tv.

Selasa, 25 Ogos 2009

Sessi berbuka puasa di hari pertama ..layannn

Anak-anak akak yg kegembiraan yg teramat tak sabar nak bukak puasa..almaklumlah first day puasa ..seronok betul diorang bila papa diorang ajak gi bukak puasa kat luar.
Akak sekeluarga gi makan kat restoran Rimba Daun kat Kompleks PKNS. Tu pun selepas puas pikir nak makan kat mana. Cadangnya nak gi carik acar buah dan serunding daging buat lauk tambah selera masa bersahur. Last-last tak jual pun so kitaorang lari gi Warta baru jumpa..




Anak akak sempat snappy gambo dedaun yg merimbun kat luar kedai makan tu...daun pelesu jer

Aiseyyy gambar tak clear arrr....tangan dok ketar-ketar sebab kelaparan ya amat* alasan jea tu
Kitorang lepak kat luar kedai dalam penuh giler

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan dan Happy Fasting

Akak nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua terutama kat follower akak yg dikasihi...terima kasih sudi jengok akak kat sini.


Kesibukan sepanjang minggu ni memang memenatkan. Tak sempat nak hup det aper-aper pun.


Dengan kerja, anak tak sihat, merajuk dengan hasben*sekejab jea majuk-majuk manjer..ohh sedey sgt tambah-tambah lagi nak menjelang Ramadhan..tapi alhamdulillah tahun nih sempat juga jumpa Ramadhan..tahun depan tak tau lagi camner...kalau panjang umur..insyaallah.


So, semua...apa agaknyer juadah sahur kita malam nih...pada yg sihat jgn lupa terawih..pada yg uzur tak pa duk dendiam kat umah...biasalah org pompuan :P


Bila masuk bulan puasa nih memang byk nostalgia akak. Tu yg cepat-cepat tepon mak akak. Dengar dari tepon sore dia..gembira


"Assalamualaikummmm *panjang jea bunyiknyer...selamat berpuasa mak..sihat kea"


"Waalaikumsalam *happy jea bunyiknyer...sihat"


Lega akak dengar sore mak akak sihat jea...


Pada ibu-ibu selamat pening kepala sebab kengkadang fenin nak mikio apa nak masak sahur...belasah jea kan..


Akak dah plan awal-awal nak gi cari serunding daging dan acar buah buat pembuka selera....oh yea jgn luper telo masin..tu wajib..hehehe

*gambo cilok dari website

Kad Ucapan Ramadhan dari MamaKiter


Terima kasih Mamakiter, sudi bagi kad Ramadhan..handmade lagi special tu
Stok original okeyy...syabas diyana..kreatif sangat

Isnin, 17 Ogos 2009

Hujung Minggu yg Menyeronokkan

Minggu ni memang penuh dgn aktiviti. Penat tapi berjaya juga menghadirinya demi menjaga silaturrahim.

Bermula malam hari Jumaat tu, sekolah agama tempat anak akak belajar ada buat solat hajat untuk memohon perlindungan dari ancaman H1N1 dan untuk pelajar yg akan menghadapi peperiksaan PSRA Peperiksaan Sekolah Rendah Agama. Selesai solat Isyak dan Hajat, ustaz dari bahagian pendidikan JAIS ada bagi taklimat skit pasal pemilihan kemasukan pelajar ke sekolah menengah agama dibawah pengurusan kerajaan negeri, persekutuan dan JAIS.

Bagus Ustaz tu siap pesan kat budak-budak tu kalau dapat masuk asrama jgn takut. Duduk asrama nih seronok.
Antara pic yg sempat akak snappy snappy. anak akak hilang duk depan dgn kawannya.

Keesokkan paginya Sabtu, aktiviti gotong royong kat sekolah convent anak akak. Majlis bermula dgn taklimat dari guru besar kepada ibubapa yg anak-anak nak periksa UPSAR tahun nih. Tahun nih permohonan untuk keasrama penuh adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan lagi dipihak sekolah. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan yg boleh di dapati secara online dari website Kementerian Pelajaran bermula 15 September - 10 Oktober.


Selepas taklimat ibubapa sibuk bergotong royong untuk membersihkan kawasna sekolah. Siap panggil bomba untuk tembak longkang sekolahyg tersumbat.


Mr Kwan Pengerusi PIBG dan salah seorang AJK PIBG

Petang habis gotong royong, jam 4.00 akak ada jemputan untuk buat Home Party CNI di rumah kawan akak. Seronok sgt ramai yg datang. Mr Ho Ken Fatt, Jutawan CNI sudi meluangkan masa untuk memberikan penerangan mengenai produk kesihatan CNI kepada tetamu yg hadir.

Semua melopong bila tengok demo produk. Macam tak percaya.

Majlis berakhir jam 6.30 petang. Ramai juga yang tanya tentang produk dan nak join ahli.
Akak happy sangat =)