Petang semalam dapat khabar salah sorang dari kawan akak kena kanser payu dara. Dia dah pun pergi operation untuk buang lump yg tumbuh pada payu daranya. Tak pasti stage keberapa tapi akan ada rawatan susulan dengan doktor minggu depan.
Sebagai kawan, akak memang sedih walaupun perkara itu tidak berlaku kepada akak..
Orang boleh kata buat apa aku peduli bukan kena kat aku..itu lumrah manusia
Mereka tidak akan mahu ambil peduli jika sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena dengan mereka TAPI mereka pasti akan ambil peduli bila perkara itu kena kepada mereka malangnya ketika itu sudah pun terlambat.
Apa yang boleh dibuat hanyalah menyalahkan takdir..tuhan tidak adil..perlukah bersikap begitu?
Kita sendiri tidak mahu ambil peduli jangan harap orang lain mahu buat begitu..kecuali mereka yang faham dan sedar tentang kepentingan untuk mengambil peduli perkara yang biasa berlaku di persekitaran mereka.
Manusia ini ader 4 kategori:
1. Tak Peduli
2. Tak Mahu Ambil Peduli
3. Tahu Tapi Buat-Buat Tak Peduli
4. Tahu Dan Ambil Peduli
Anda pilih anda berada di dalam kategori yang mana..itu pilihan anda sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan