Minggu ni memang penuh dgn aktiviti. Penat tapi berjaya juga menghadirinya demi menjaga silaturrahim.
Bermula malam hari Jumaat tu, sekolah agama tempat anak akak belajar ada buat solat hajat untuk memohon perlindungan dari ancaman H1N1 dan untuk pelajar yg akan menghadapi peperiksaan PSRA Peperiksaan Sekolah Rendah Agama. Selesai solat Isyak dan Hajat, ustaz dari bahagian pendidikan JAIS ada bagi taklimat skit pasal pemilihan kemasukan pelajar ke sekolah menengah agama dibawah pengurusan kerajaan negeri, persekutuan dan JAIS.
Bagus Ustaz tu siap pesan kat budak-budak tu kalau dapat masuk asrama jgn takut. Duduk asrama nih seronok.
Keesokkan paginya Sabtu, aktiviti gotong royong kat sekolah convent anak akak. Majlis bermula dgn taklimat dari guru besar kepada ibubapa yg anak-anak nak periksa UPSAR tahun nih. Tahun nih permohonan untuk keasrama penuh adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan lagi dipihak sekolah. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan yg boleh di dapati secara online dari website Kementerian Pelajaran bermula 15 September - 10 Oktober.
Selepas taklimat ibubapa sibuk bergotong royong untuk membersihkan kawasna sekolah. Siap panggil bomba untuk tembak longkang sekolahyg tersumbat.
Mr Kwan Pengerusi PIBG dan salah seorang AJK PIBG
Petang habis gotong royong, jam 4.00 akak ada jemputan untuk buat Home Party CNI di rumah kawan akak. Seronok sgt ramai yg datang. Mr Ho Ken Fatt, Jutawan CNI sudi meluangkan masa untuk memberikan penerangan mengenai produk kesihatan CNI kepada tetamu yg hadir.
Semua melopong bila tengok demo produk. Macam tak percaya.
Majlis berakhir jam 6.30 petang. Ramai juga yang tanya tentang produk dan nak join ahli.
Akak happy sangat =)
18 ulasan:
askum kak bieza...wah aktif CNI yer...bagus2...hehehe...
salam kak bieza..apa kabar..mama kiter dah tanya dah dgn ustaz tentang pertayaan bieza mengenai memberi kuliah di offis bieza.
Sememangnya ustaz Salehudin ada memberi kuliah di beberapa buah offis, masjid malah di rumah. Di sini mama kiter tinggalkan no tel ustaz Salehudin dan biaeza boleh hubungi beliau dan berbincang..
hp-019 3506999
rumah-06 7923687
salam..
wah..bz sngguh akak ku ni ye...
skrng mcm2 produk ksihatan yg ad d pasaran..cuma nk rajin x rajin je la kn...
Salam mama_ieta =)
Bolehlah skit-skit cari duit tambahan buat belanja anak sekolah.
Selain dapat kesihatan yg baik dapat juga menjana pendapatan sampingan..Alhamdulillah
Nak join meh lah sesama =)
salam k.bieza..tq lawat blog herda..anyway wish u luck in ur journey!! salam ramadhan..
Salam mama kiter,
Terima kasih bebanyak, insyallah akan saya usahakan..
Semoga murah rezeki mama =)
Salam Reen,
Bz tu adalah sesikit, tak selalu pun..buat part time jea cari duit lebih buat belanja anak sekolah.
Sekarang ni lebih ramai orang semakin mempunyai kesedaran betapa pentingnya kita menjaga kesihatan. Tambahan dgn cara hidup sekarang, dan kualiti udara dan air yg semakin tercemar dan penggunaan bahan kimia pada makanan berleluasa.
Pesan akak, memang banyak jenama tapi kena pandai memilih. Pilihan di tangan kita. Jadilah pengguna bijak =)
Take care.
Salam MaMa Herda,
Terima kasih tinggalkan nota kat blog akak..
Same to you dear, good luck also and berusahalah =)
Assalamualaikum wbrt :)
Bagus2.... Semuanya bakal jutawan nie. Teruskan usaha ya kak :)
bz nye akak di hujung minggu. mmg patut kite ramai2 solat hajay mohon dijauhkan dari virus H1N1 kan.
akak buat MLM CNI ke? sama cam husband saya..
wah wah.. usahawan CNI rupanya kakak kita ni. hehe.
bagus kak, teruskan usaha tu.
bisness camni mmg perlukan kesungguhan dan kegigihan. kalo tak mmg payah nak berjaya. kan?
kak bieza...uishhh..rajinnyer g gotong royong bagai.....hehehe..suka snapp pic ek???
salam akak bieza..jemput ambil kad ucapan dr blog mama kiter..ambil yang anak mama buat dgn yang warna hijau tuu..bieza kate nak ambil aritu..ha boleh lah ambil..
W'salam Sofea,
Impian tu ada hehehehe..tingin gak nak kewangan berdikari atau kata omptuih financial independent =)
Take care.
Alahai Yani..yea ker..best nyer..welcome to the club =)
Yani, akak suka sgt produk Foodwash dia..Yani pernah cuba tak?
Salam Ejay..gambar baru erk..hensem sgt =)
Betul Ejay, yg paling penting ilmu produk. Dah ada ilmu tambah kesungguhan dan kegigihan, pasti ada hasilnya.
Nak bukak bisnes besar akak tak der modal, tak sanggup plak nak berhutang.
Peluang yg nampak buat CNI jea =)
Salam Neil,
Tak pegi kang tak seronok plak, masa nilah kita nak bermesra dgn cikgu-cikgu yg ada.
Kenalah participat aktiviti sekolah, baru cikgu-cikgu tu seronok =)
Salam MamaKiter,
Terima kasih bebanyak =)
Catat Ulasan