Selasa, 23 Disember 2008

Assalamualaikum.......

Manusia macam kita

Memang pandai bercakap

Menyalahkan orang lain

Mengutuk orang lain

Perlekeh orang lain

Merendahkan orang lain

Orang macam kita

Di mana-mana pun ada

Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain

Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri

Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik menyalahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengutuk orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik perlekehkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik merendahkan orang,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berceramah sana sini,!

Al-Quran kamu tak baca Asyik berkuliah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berdakwah sana sini,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bersajak berpuisi,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bercerpen bernovel,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berforum di internet,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berchit-chat di IRC,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bergebang di telefon,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mendongak televisyen,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap komputer,

Al-Quran kamu tak baca Asyik baca buku ilmiah,

Al-Quran kamu tak baca Asyik baca majalah tabloid,

Al-Quran kamu tak baca Asyik bersembang politik,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengulit isteri,

Al-Quran kamu tak baca Asyik berkepit dengan suami,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengasuh anak,

Al-Quran kamu tak baca Asyik ber'e-mel' dengan kawan,

Al-Quran kamu tak baca Asyik membelek handphone,

Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap vcd ceramah,

Al-Quran kamu tak baca

Kenapa tak baca?

Tak sempat

Busy

Tak faham

Tak reti

Malas

dapat surat dari pejabat tanah

dalam bahasa melayu

kamu boleh baca

dapat surat lawyer

dalam bahasa inggeris

kamu boleh baca

dapat surat daripada Allah

dalam bahasa Arabkamu tak boleh baca

apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan

Untuk diri sendiri

Di belakang hari

Dan hari ini

Al-Quran teman sejati

Di kala kaki tak mampu berdiri

Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi

Di kala lutut lenguh setiap sendi

Di kala badan tak mampu kesana kemari

Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi

Di kala tekak tak rasa apa lagi

Rumah kata pergiKubur kata mari sini

Juga buat teman di kala sendiri

Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati

Mulai dari hari ini

Menyesali diri

Yang jahil dan dhaif sekali

Ambillah insiatif sendiri

Untuk baiki diri

Jangan hanya duduk sesali diri

Melihat Al-Quran menyusup pergi

hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi

istilah juga tidak berguna lagi

kerana ertinya tidak difahami

Bacalah Al-Quran hari ini!


Opss.. tingat akak kena habiskan before 1 Muharram 29 hb nih..ader tinggal beberapa surah lagi jer doh..

Tiada ulasan: