Sabtu, 22 Januari 2011

Sabtu hujung minggu

Sibuk minggu nih mengantor anak sekolah. Cikgu buat sekolah ganti sempena nak cuti raya cina nih. Sebab hari sabtu bas sekolah tak beroperasi maka mak bapak kenalah jadi drebar.



Yang bestnyer ada mak bapak sonok nak gi antor anak sekolah. Yelah bukan selalu pun. Tapi anak pulak tak nak pi sekolah. Hahahahaha

Putih mana mak bapak hajat tak sampai. Bebudak sebab dah 5 hari gi sekolah, Sabtu malas tu yg tak nak pegi. Kengkawan pulak pakat tak nak pegi sekolah sabtu. Apa lagi, mati beraganlah mak bapak nak merasa antor anak sekolah.

Anak akak pun camtu gak, yg adik tak byk masalah. Yg kakak byk songeh, member tak dtg dia pun tak nak dtg gak.

Akak tak lah kemaruk nak mengantor, tapi kenalah tanam rasa tanggungjawab skit dlm diri anak-anak dimana peraturan sekolah harus dihormati.

Susah kengkadang anak dah besor nih. Kecik kecik dulu senang, boleh picit picit, dah besor nih nak picit cemana dia pun dah sama tinggi dengan kita.

Untuk mak bapak yg 'bertugas' hari nih, sabor jer lah yer.

2 ulasan:

DDrfauziah berkata...

Salam singgah ukhwah dari Kak G.

Selamat Tahun Baru 2011 & Tahun Hijrah 1432.

Sambil itu Kak G cuba menepati Misi di Maya:
- Ikhlas bersilaturrahim sesama insan bloggers.

Lama tak nampak. Kak G bertandang aritu, tapi tengok dah lama tak update.
Selamat kembali menceriakan 2011 ya.

akak_bieza berkata...

Salam Ukhwah utk Kak G gak. Terima kasih sebab masih sudi singgah kat my humble blog.
Mmg lama tak hupdate dek tuntutan kerja yg banyak.

Namun, minat masih ada utk berblog :)

You too kak.