Jumaat, 26 Jun 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia

Setahu akak MJ nih islamkan..maka sedekahkanlah dia AL-Fatihah...
Zaman persekolahan akak memang membesar dengan lagu-lagu MJ nih..sampai buat majlis perpisahan siap buat konset MJ lagi..he he akak and the group siap pakai sarong tangan sebelah gitieww..

Lagu meletops giler Beat It lah. Lepas tu semua budak lelaki kat sekolah akak pakat pakai seluar ketat. Jaket merah jgn cakaplah..semua kedai baju kat Tg Malim tu jual jaket merah..laku

Lagu dia yg akak minat ..You're not alone..dan Black or White ..memang bermakna sungguh
Pagi tadi Boss akak ckp masa kat pantry..org-org macam nih ahh memang mati muda, u tgk Elvis Presley, P. Ramlee, John Lennon semua pun mati muda...
Yelah erk..well apa-apa pun itu dah ketentuan Ilahi.



[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Aminn..


Tiada ulasan: