Rabu, 16 September 2009

Dapat Kad Raya..sewonokkkkkk sangattt

Dapat Kad Raya dari SheQeen...thanks dear...comel sangat
Zaman IT ni memang trend orang bagi Kad Raya Cyber. Pantas dan mudah. Boleh luahkan kreativiti sendiri.
Zaman akak dulu, tak der menda-menda cam nih. cuma yang ada adalah Kad Raya kertas keras yg dihias cantek dgn macam-macam gambar menarik. Gambar kucinglah, Bunga Roslah, Ketupat dan Lemanglah, Pelitalah. Madah yg selalu tertera pada kad-ad raya tersebut bunyinya pun sumer sama jea....
"Pecah Kaca Pecah Gelas"
Sudah Baca Harap Balas
"Pecah Kaca Pecah Buah"
Raya Nanti Datanglah Rumah
*buah kelapalah sebab time raya buah tu paling menjadi rebutan :P
Maka pecahlah kepala nak balas Kad Raya kengkawan. Masing-masing tayang Kad Raya paling special yg diorang dapat. Time ni jugaklah kita akan dapat Kad Raya yg letak bawah meja tak der nama tapi tulis...... "Secret Admire" Hehehehe...
Yang ni senang tak payah balas sebab tak tau sapa :D
Kad-Kad Raya tu pulak takkan dibuang. Sanggup pi hutan cari Pokok Senduduk, buang daun tinggal ranting cat warna silver, letak dalam pasu untuk gantung kad-kad raya tu. Meriah sunggoh. Mana Kad yg secret-secret tu staple tak bagi orang baca.
Ini semua sebagai tanda kita menghargai pemberi Kad tersebut. Bila diorang datang raya rumah tengok Kad Raya yg diorang bagi tergantung cantek....kembang hati...senyummmm lebarrrr.
Tapi itu semua tinggal kenangan. Malah akak tak dapat nak mewarisinya kepada anak-anak akak sebab diorang tak dapat Kad Raya tapi dapat SMS Raya..camner tu :(

2 ulasan:

mamamin berkata...

salam bieza..

selamat menyambut syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yer..

sudi2kan amek kad di blog mama ye bieza..

tq :)

Ejay berkata...

SELAMAT HARI RAYA kak...
kem salam pd family semua
semoga bergembira di hari lebaran